CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9684|Reply: 7

[Tempatan] KING of ROAD! Dua pejalan kaki maut, dua parah dirempuh kereta terbabas

[Copy link]
Post time 21-3-2023 12:22 AM | Show all posts |Read mode
Dua pejalan kaki maut, dua parah dirempuh kereta terbabas


Kemalangan dua kereta menyebabkan satu daripadanya terbabas dam merempuh empat pejalan kaki di Jalan Raja Laut yang mana dua daripada mangsa maut dan dua lagi parah - Foto Ihsan PDRM


KUALA LUMPUR: Dua pejalan kaki maut dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan di Jalan Raja Laut, di sini awal pagi semalam.

Kejadian pada jam 3 pagi itu dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi melanggar Proton Wira yang mengubah haluan sebelum hilang kawalan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kemalangan berkenaan membabitkan empat kenderaan dan empat pejalan kaki.

"Siasatan awal mendapati, Perodua Myvi terbabit hilang kawalan sebelum melanggar empat pejalan kaki menyebabkan dua daripadanya maut.

"Seorang mangsa berusia 22 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi manakala seorang lagi pejalan kaki meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, dua mangsa pejalan kaki yang lain cedera parah dan masih dirawat di hospital.

"Pemandu Proton Wira berusia 22 tahun dan pemandu Perodua Myvi berusia 20 tahun tidak mengalami kecederaan dan sedang direman selama 4 hari untuk siasatan selanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu merbahaya sehingga menyebabkan kematian," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03- 20260267/69 atau mana- mana balai polis berampiran.


Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... puh-kereta-terbabas

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2023 08:54 AM | Show all posts
mabuk ka apaaa? ayoo
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mojarean_X at 21-3-2023 09:08 AM

Mohon charge mereka dgn hukuman plg maksimum. Dlm bandar mana bole bawa laju. Iols dulu kena saman bawa 90km/hrs kt lebuhraya mahameru. Masa bayar saman baru polis ckp dlm bandar bawa 80 je kalo bole sbnrnya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 09:14 AM | Show all posts
berlumba tu.tak padan dengan kereta kecik
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
muda2 semua yg terlibat
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 09:58 AM | Show all posts
lumba keter ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2023 10:45 AM | Show all posts
Pukul 3 pagi, pemandu umur 20an, jenis kereta Myvi & Wira...oooo paham2. Bangsat!
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2023 11:39 AM | Show all posts
tengok kereta tengok umur driver dah boleh tau drive cam mana..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-6-2023 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.090353 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list