CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 301|Reply: 3

Anak 5 Tahun Digilis Lori- Sempat Minta 20 Sen Nak Beli Ais Krim, Kuat Merajuk Dan Mendesak Jadi Tanda Nak 'Pergi'

[Copy link]
Post time 26-5-2023 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Melaka: Pekerja kontrak, Muhamad Qayyum Abdul Aziz, 37, menceritakan detik sebelum kejadian anak bongsunya, Nur Qayra Quraisya, 5, maut digilis lori pasir ketika bermain bersama sepupunya berhampiran rumah neneknya di Kampung Paya Mengkuang, Batang Tiga, di sini, petang semalam.


"Sebelum kejadian arwah datang minta 20 sen daripada saya yang berada tidak jauh dari tempat kejadian untuk beli aiskrim.


"Selang beberapa minit saya dikejutkan dengan bunyi riuh, saya berlari ke tempat kejadian dan mendapati anak sudah dilanggar lori pasir.




Foto: Harian Metro




Dalam kejadian jam 5.25 petang itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.


Muhamad Qayyum berkata, selepas memberi duit dia sempat berpesan supaya Nur Qayra Quraisya yang mesra disapa 'Adik' pulang segera ke rumah dan tidak bermain dalam cuaca panas.


"Memang setiap kali pulang dari tadika, dia akan singgah ke rumah emak saya dan semalam saya pun berada di situ melihat rakan membuat kerja-kerja kontraktor rumah di kampung itu.


"Malah, lori yang terlanggar anak saya itu sepatutnya hantar pasir ke rumah berkenaan," katanya sebak ketika ditemui pemberita pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka, tengah malam tadi.


Qayyum (baju kuning), Foto: Harian Metro




Menurut Muhamad Qayyum, sejak seminggu lalu anaknya menunjukkan perubahan tingkah laku ketara apabila kerap meminta hajatnya ditunaikan dengan cara yang berbeza dan menguji kesabarannya.


"Sebelum ini, Adik tak begitu, tapi sejak saya bercuti seminggu dan meluangkan masa dengannya, sikapnya agak mendesak sedikit dan terlebih manja.


"Malah semalam (kelmarin) ketika makan di sebuah restoran di Klebang, dia tiba-tiba merajuk apabila tidak dilayan, namun saya tidak memarahinya.


"Saya tak sangka rupanya itu petanda dia akan meninggalkan kami sekeluarga," katanya.


Muhamad Qayyum berkata, dia dan isteri, Faezah Kadir,38, reda dengan kejadian itu dan berharap masyarakat tidak menularkan atau membuat sebarang spekulasi hingga mengganggu emosi mereka sekeluarga.


"Saya tidak ada apa nak cakap, anak pun dah tak ada. Cuma jangan tularkan benda-benda yang tidak elok dan tolong doakan kebaikan untuk anak saya," katanya sambil memaklumkan jenazah dikebumikan di Kampung Padang, Malim di sini tengah malam tadi. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2023 02:41 PM | Show all posts
salam takziah..sedihnya berlaku dekat je dgn rmh nenek dia
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2023 03:49 PM | Show all posts
Al fatihah,,,,,salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2023 04:07 PM | Show all posts
X abis2 tanya pentanda. xde modal dah wartawan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi V77
NadiabellaHanis Haizi V77
Views : 80977 Replies : 2379
[JTBC/Netflix 2023] BEHIND YOUR TOUCH - Han Ji Min, Lee Min Ki, Suho
Rahah[JTBC/Netflix 2023] BEHIND YOUR TOUCH -
Views : 6611 Replies : 215
Iraq: Lebih 100 Tetamu Hangus Dalam Dewan Kahwin! ~ Akibat Dengki?
tumpanglalu74Iraq: Lebih 100 Tetamu Hangus Dalam Dewa
Views : 2226 Replies : 35
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 189032 Replies : 1238
Elak berhutang untuk pelaburan ASB - Asyraf Wajdi
mojarean_XElak berhutang untuk pelaburan ASB - Asy
Views : 6767 Replies : 174
Mahaldahni:Baru bulan September naik harga,Produk Gardenia naik lagi 10 sen hingga 20 sen Oktober ini.Ditambah dengan kenaikan harga beras,adakah rakyat Malaysia akan mati kelaparan?
YgBenarMahaldahni:Baru bulan September naik har
Views : 2061 Replies : 49
Datin Sri Zizie Izette
Burong_HantukDatin Sri Zizie Izette
Views : 23961 Replies : 72
kebarangkalian sangat tinggi apabila individu dijangkiti COVID-19, ia akan mendapat kanser-kajian
YgBenarkebarangkalian sangat tinggi apabila ind
Views : 13615 Replies : 9
8.3 juta lelaki, wanita bujang selesa hidup sendirian
Highflyer198.3 juta lelaki, wanita bujang selesa hi
Views : 19487 Replies : 482
Fattah Amin sambut hari kelahiran ke-40 Fazura dalam suasana romantik makan malam berdua. Netizen tumpang bahagia.
FORUMCARIIIFattah Amin sambut hari kelahiran ke-40
Views : 21490 Replies : 534

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-10-2023 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.180610 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list