View: 286|Reply: 6
|
Sofyank Lega Boleh Sambung Edit Video Lepas Beg Hilang Di Lapangan Terbang
[Copy link]
|
|
Malang nasib pereka kandungan digital terkenal , Mohamad Sofian Abdullah atau lebih dikenali sebagai Sofyank yang kehilangan begnya di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada Khamis.
Memaklumkan mengenai perkara itu di media sosialnya, Sofyank berkata, beg itu mengandungi barangan penting termasuk hasil projek videonya yang belum diterbitkan.
 IG
Ujarnya, terdapat individu yang disyaki terambil beg berjenama FlyScoot miliknya semasa tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura pada Khamis.
Jelasnya, beg itu pada awal dikesan berada di lokasi yang sama menerusi AirTag yang dihubungkan kepada telefon pintarnya, meskipun belum dijumpai sehingga jam 6 pagi Jumaat.
“Pengesanan tersebut berhenti pada jam 6 pagi. Saya percaya orang itu sedang dalam penerbangan ke tempat lain.
“Saya akan mendapatkan kembali lokasi langsung setelah beg mendarat dan AirTag menerima liputan daripada peranti iOS yang berdekatan.
“Rasanya, peluang untuk mendapatkan telefon pintar berkenaan adalah terlalu rendah,” katanya.
 FB/Twitter
Berkat pertolongan orang ramai, Sofyank hari ini akhirnya mendapat kembali begnya yang hilang itu. Dia berterima kasih kepada semua yang membantunya dalam usaha mencari barangan hilang berkenaan terutama pihak Lapangan Terbang Antarabangsa Clark.
Sofyank sebelum ini telah beberapa kali berkolaborasi dengan selebriti antarabangsa antaranya Paul Ruud (Ant-Man) dan Jonathan Majors (Kang The Conqueror) selain pernah menarik perhatian antarabangsa apabila pelakon terkenal, Will Smith memuat naik semula video yang disuntingnya, malah sehingga kini, video ciptaan beliau ditonton oleh jutaan pelayar media sosial.
 IG
Dia juga baru-baru ini memaklumkan bahawa ada merancang untuk menubuhkan sebuah syarikat produksi di ibu negara menjelang akhir tahun ini.
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah.. tak sia2 meolls retweet sampai jumpa ekekekeke.. yg ni sskjp yg baik |
|
|
|
|
|
|
|
Englishnya pun nampak dah improve. Even kalau org lain yg type kan pun or guna language app, at least tak le memalukan. Ada effort di situ..takde la teybeh ingredients of the content kuar.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini CI ka?
Btw,jujur macik xpenah nengok bidio dia. |
|
|
|
|
|
|
|
bongok tau 
Iols sedaya upaya nak lupakan cerita tu, nak move on 
|
|
|
|
|
|
|
|
The problem is ayat ingredients tu masih berlegar-legar di fikiran iols..terlalu deep sampai masih tadapat jawapannya...
|
|
|
|
|
|
|
|
Hurmmm nasib dah jumpa balik
I kalau wallet passport simpan dlm bag keep close to body slim slingbag
Pernah tertinggal masa naik feri ke pulau
Nasib feri so sempat naik balik gi amik kat seat
Laptop i mmg letak backpack bwh seat depan
I paranoid org lain duk bukak tutup overhead depa selongkar bag kita
Kwn dh pernah kena hilang cash depa tido flight gi japan |
|
|
|
|
|
|
| |
|