CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Doktor Pelatih Sorok Kamera Dalam Gelang, Simpan Ribuan Foto Dan Video Por*ografi Kanak-Kanak

17-3-2023 07:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5772| Komen: 4

Description: Mahkamah Persekutuan Boston di Amerika Syarikat pada Selasa tidak membenarkan ikat jamin terhadap seorang doktor pelatih yang didakwa mengumpul koleksi por8ografi kanak-kanak, serta merakam kanak-kana ...
Mahkamah Persekutuan Boston di Amerika Syarikat pada Selasa tidak membenarkan ikat jamin terhadap seorang doktor pelatih yang didakwa mengumpul koleksi por8ografi kanak-kanak, serta merakam kanak-kanak secara sembunyi semasa peperiksaan perubatan.


Dr Bradford didakwa polis, merakam dirinya memeriksa kanak-kanak menggunakan kamera yang disembunyikan dalam gelang.


BayState Health

Susulan pendedahan itu, pangsapurinya di Amherst, Massachusetts, termasuk rumah agam ibu bapanya di Winchester digeledah pihak berkuasa dan menemui beribu-ribu imej dan video tidak senonoh melibatkan kanak-kanak yang disimpan dalam 61 peranti.

Dr Bradford juga dituduh menggunakan barang kemas yang dilengkapi kamera tersembunyi untuk merakam kanak-kanak seawal enam tahun.

Siasatan bermula pada Januari lalu selepas didapati imej terlarang melibatkan kanak-kanak bawah umur disyaki telah dimuat naik menerusi satu akaun Google.


Dua daripada muat naik tersebut dilakukan menggunakan alamat IP berhampiran sekolah perubatannya dan kandungan selanjutnya didapati telah dimuat naik di alamat IP di rumah keluarganya.

Tertuduh diarah Hakim Majistret, Jennifer C. Boal untuk berada dalam tahanan sehingga dibicara semula pada 21 Mac.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 17-3-2023 07:22 PM
Muka macam gay kesepian dek. Macam akak lah tu dek.
Quote uori 17-3-2023 07:25 PM
kalau duduk sini, mesti aman2 je asalkan pandai
Quote nakkomenjugak 18-3-2023 07:49 PM
masuk jail ni lunyai kooo
Quote sharlenetexas 18-3-2023 08:11 PM
Sicko


Lihat semua komen(4)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-3-2023 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.082180 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top