Selepas insiden menimpa pelakon Kamal Adli yang cedera diserang seorang lelaki di sebuah ekspo di Singapura, Ahad lalu, Azwan Ali membuat pendedahan dia pernah diugut dengan diacukan sebilah pisau oleh seorang individu.
Pengacara kontroversi yang mesra disapa Diva AA itu berkata, insiden tersebut berlaku ketika zaman kemuncaknya bergelar pengacara. “Saya tak ingat tahun bila, tapi kejadian itu sudah lama berlaku. Masa itu lepas habis buat persembahan atas pentas, tiba-tiba ada individu acukan pisau. “Saya gertak balik kau dah kenapa? Nak buat apa dengan pisau itu? Mujur tiada apa-apa kejadian buruk berlaku,” katanya kepada Utusan Malaysia. Ditanya insiden itu menyebabkan dia trauma atau takut keluar bersendirian, Azwan berkata, dia sentiasa berserah pada Allah SWT. “Saya yakin Allah SWT dan malaikat sentiasa melindungi kita. Jadi, bila kita sudah meletakkan kebergantungan tinggi, tiada apa yang perlu dirisaukan,” katanya.
Azwan yang sinonim dengan ayat see my level mengulas insiden serangan yang berlaku terhadap pelakon, Kamal Adli di sebuah ekspo di Singapura, Ahad lalu. Dalam insiden itu, Kamal diserang dengan cota besi bertubi-tubi sehingga berlaku pendarahan di bahagian belakang kepala. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
21-3-2023 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.076527 second(s), 36 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.