Pelakon dan pengacara, Sean Lee mengakui terkilan apabila terpaksa menolak tawaran berlakon dalam filem Pulau kerana terikat dengan komitmen projek lain.
Katanya, dia ditawarkan untuk membawakan watak Mark yang sememangnya karakter mengundang kontroversi apabila ada babak lakonan dikatakan mempunyai elemen lucah sebelum ini. "Dalam kepala saya, apa yang ada di skrin hanyalah lakonan. Tapi penonton kita tidak boleh bezakan mana satu lakonan dan masa satu kenyataan. "Sebab itu juga ramai artis memilih berlakon watak hero baik kerana netizen tak dapat bezakan lakonan. Kalau berlakon watak jahat pula, pelakon itu dicop jahat," katanya. Jejaka itu berharap agar masyarakat lebih matang dalam menilai sesebuah karya. Bukan itu sahaja, Sean mendakwa ada segelintir penonton sengaja mencetuskan provokasi sedangkan hakikatnya merekalah yang sudah tidak sabar ingin menonton filem tersebut.
"Saya rasa sudah masanya untuk penonton berfikiran matang jika menonton sesuatu karya. Macam kalau saya berpegangan tangan dalam sesebuah karya, adakah bermaksud saya bercinta dengan pelakon itu? "Ada orang yang larang tengok filem Pulau sedangkan merekalah yang sebenarnya tidak sabar untuk menontonnya," kata Sean. - CARI Sumber: GETARAN |
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
21-3-2023 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.151605 second(s), 23 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.