CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Curi Nissan Navara Di 'Showroom', Jual Balik RM10k

18-3-2023 03:47 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 246| Komen: 0|Original author: Tatod

Description: Kereta pacuan empat roda jenis Nissan Navara bernilai RM180,000 dijual dengan harga tidak masuk akal iaitu RM10,000 rupanya kenderaan yang dicuti di premis pameran kenderaan dalam kejadian di Jalan Li ...
Kereta pacuan empat roda jenis Nissan Navara bernilai RM180,000 dijual dengan harga tidak masuk akal iaitu RM10,000 rupanya kenderaan yang dicuti di premis pameran kenderaan dalam kejadian di Jalan Lintas Kapayan, Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Bagaimanapun, kenderaan tersebut ditemui semula selepas dua suspek kes pecah premis itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Rabu lalu.

Sumber Sinar Harian

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, jenayah tersebut berlaku kira-kira jam 4.20 pagi pada 8 Mac lalu di Jalan Lintas, Kapayan.

Katanya, hasil risikan serta maklumat awam berjaya mengesan suspek lelaki berusia 39 dan 36 tahun yang bersembunyi di Semenanjung selepas melarikan dua Nissan Navara di premis berkenaan.

"Kedua-dua suspek kemudian ditahan sebaik mereka tiba dari Semenanjung dan hasil siasaran mereka mengaku terbabit dalam kes ini serta menjual salah sebuah pacuan empat roda kepada seorang pembeli lelaki berusia 29 tahun di Kolombong dengan harga RM10,000.


"Suspek turut menunjukkan dua kenderaan yang disembunyikan iaitu yang dijual kepada pembeli ditemui di sebuah kediaman di Kolombong dan sebuah lagi ditinggalkan di belakang pasar raya di Menggatal," katanya.

Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah

Hasil pemeriksaan mendapati, pembeli telah menukar rim kenderaan yang dicuri ke sebuah lagi kenderaan milik keluarganya.

Dengan penahanan suspek utama kes, pihak polis berjaya menyelesaikan pelbagai kes pecah rumah dan curi yang dilakukan suspek bukan sahaja di Sabah tetapi juga di Selangor dan Perak.


Sumber: Sinar Harian





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen Terbaru

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

21-3-2023 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.048530 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top