Usahawan selebriti Cheta Pot Pet menafikan bergaduh dengan penyanyi Aepul Roza sebaliknya isu itu timbul akibat perselisihan faham berhubung hal kerja. Meskipun hubungan mereka dingin, Cheta atau nama sebenarnya Rozita Baharom, 36, berkata pihaknya tidak terfikir untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Aepul.
“Kami tidak bergaduh cuma wujud sedikit perselisihan faham sahaja. “Ada yang bertanya pada saya perkara sama tetapi saya tak berani nak jawab apa-apa sebab banyak tindakan undang-undang yang pihak saya sedang jalankan tetapi bukan ke atas artis berkenaan. “Saya tak mahu ambil tindakan sebab itu masalah dalaman dan hanya perselisihan faham kerana satu posting di media sosial,” katanya kepada mStar. Isu ini menjadi bualan netizen selepas isteri kepada Aepul iaitu Leez Rosli memuat naik satu posting di Instastory April lalu yang dikatakan ditujukan kepada Cheta berhubung hal kerja. SUmber: mStar
|
Lavender_Violet replied at 26-5-2023 08:24 AM
Aepul ni sora sedap hokehhh....lagu pun best2
Vokalis Kumpulan Drama Band
Laki Leez AF
wadiunong: ari tu tertengok Malaysia Family Feud. Family Aepul ni join. ya ampun Leez ni mmg knowledge dia kureng la. masuk pgrm tu jd prop je. itula pentingya e ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
7-6-2023 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.080851 second(s), 42 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.