CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Lelaki Berbaju Kurung Rompak Pasar Raya, Larikan Mesin Wang

26-5-2023 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 187| Komen: 2

Description: Seorang lelaki berbaju kurung kantoi dirakam kamera pengawasan (CCTV), merompak sebuah pasar raya di MJC dekat Batu Kawah, Kuching, Sarawak pada Khamis.FBVideo dimuat naik di laman Facebook Borneo Net ...
Seorang lelaki berbaju kurung kantoi dirakam kamera pengawasan (CCTV), merompak sebuah pasar raya di MJC dekat Batu Kawah, Kuching, Sarawak pada Khamis.


FB


Video dimuat naik di laman Facebook Borneo Network itu memaparkan selain mengaburi mata ramai dengan berbaju kurung, suspek yang memakai topi keledar penuh datang dari arah luar kedai dan terus menuju ke arah kaunter.

Dia yang bersenjatakan parang turut memakai sarung tangan getah untuk mengelakkan cap jarinya daripada dikesan, seolah-olah sudah biasa melakukan rompakan.

Video berdurasi 42 saat itu turut menunjukkan suspek mengugut salah seorang pekerja pasar raya berkenaan.



Mangsa yang kelihatan panik hanya mampu berdiri mendiamkan diri dan melihat suspek melarikan mesin wang pasar raya tersebut.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media dikeluarkan pihak berkuasa. 


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 26-5-2023 02:20 PM
Macam komplot jah...
Lain kali pakai kebaya merah
Quote supernaturalee 26-5-2023 02:59 PM
asal yg pakai seluar se teng tu mcm x cukup panic at the disco pom
berdiri dekat2 gitu
dh lah 'jijah' tu pegang parang blh thn panjang

Lihat semua komen(2)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-6-2023 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.081795 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top