Melaka: Nasib malang menimpa seorang anggota tentera berpangkat Pegawai Waran apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan ketika cuba meleraikan pergaduhan antara jirannya dengan dua lelaki dipercayai mabuk, pada tahun lalu.
Tertuduh, Mohd. Affizzu Che Aziz, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan di dua mahkamah berasingan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam dan Mohd. Sabri Ismail. Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap dua lelaki masing-masing berusia 37 dan 26 tahun menggunakan objek tajam disyaki sebilah pisau (dagger) kira-kira pukul 11.30 malam di Pangsapuri Cheng Ria, dekat sini, pada 16 Oktober 2022.
Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan. Difahamkan, kejadian berlaku selepas jiran tertuduh menegur kedua-dua lelaki terbabit yang dikatakan membuat bising dalam keadaan dipercayai mabuk di bawah pangsapuri berkenaan. Kedua-dua mereka kemudian menjadi berang dan telah naik ke tingkat atas menuju ke rumah jiran tertuduh untuk bergaduh. Tertuduh yang melihat kekecohan itu cuba meleraikan pergaduhan sehingga didakwa telah mendatangkan kecederaan. Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Sivashangari dan Muhammad Nazrin Ali Rahim mencadangkan agar jaminan RM35,000 dikenakan terhadap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan. Peguam Omar Zulkarnain yang mewakili tertuduh bagaimanapun merayu jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan tertuduh bekerja sebagai pegawai waran di Kem Sungai Udang serta menanggung dua orang isteri dan enam anak dengan tiga daripadanya masih kecil. Selepas mendengar hujah kedua-dua belah pihak, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM18,000 berserta syarat tambahan tidak boleh menghubungi mangsa atau saksi pendakwaan serta melaporkan diri kepada pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, sekali dalam sebulan. Sumber: Kosmo! Online
|
Dovahkiin replied at 19-9-2023 05:24 AM
Tu sebab kalau polis off duty, balik keje pakai sweater, tutup seragam supaya org tak tau dia polis. ...
Dovahkiin replied at 19-9-2023 05:24 AM
Tu sebab kalau polis off duty, balik keje pakai sweater, tutup seragam supaya org tak tau dia polis. ...
felinecat replied at 18-9-2023 07:31 PM
Leraikan pergaduhan pon kena dakwa?? Ke arah negara China la lepas ni
Firenzza replied at 18-9-2023 07:34 PM
Moral of the story, nmpk org gaduh buat2 x tahu x pasal2 masuk lokap karang
s@s@ replied at 19-9-2023 10:13 AM
org mabuk tetap terbela....
gideoncross replied at 19-9-2023 11:23 AM
Sbb tu iol mlas nak buat baik skrg sbb zmn skrg klau kita buat baik, kita plak yg d slahkan kaw2. ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
27-9-2023 10:32 AM GMT+8 , Processed in 0.093607 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.