Pemergian seorang insan bergelar bapa meninggalkan kesan cukup besar dalam hidup penyanyi Cakra Khan. Semasa Konsert Dream Collaboration Vol. 4 Cakra Khan yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada malam Ahad, penyanyi berkenaan sempat mendedikasikan sebuah lagu berjudul Monster nyanyian James Blunt kepada Allahyarham bapanya iaitu Hermana.
Kata Cakra atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman, 31, lagu tersebut mengingatkan tentang kisah seorang ayah yang sering kali menunjukkan rasa sayang dengan cara berbeza. "Lagu ini seperti menggambarkan hubungan antara saya dan bapa kerana kadang-kadang setiap individu itu menunjukkan rasa sayangnya dengan pelbagai cara. "Kasih sayang yang ditunjukkan oleh bapa agak sedikit berbeza dengan ibu... untuk menjadikan kita seorang individu lebih baik,” katanya. Tatkala menyanyikan lagu tersebut, Cakra dilihat tidak dapat menahan sebak dan sempat mengalirkan air matanya.
Sebelum itu, Cakra meluahkan rasa kesal kerana tidak sempat memberikan penghargaan buat orang tuanya itu.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
27-9-2023 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.065782 second(s), 27 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.