PETALING JAYA – "Berpisah bukan bererti membenci satu sama lain. Jika ada jodoh, pasti bertemu kembali," kapsyen video milik seorang lelaki yang berkongsi momen-momen terakhirnya bersama isteri sebelum berpisah di laman TikTok.
Menerusi video sama, pasangan yang berpakaian serba hitam tersebut dilihat sempat berpelukan, bersalaman dan berpegangan tangan buat kali terakhir sebelum tiba di pekarangan mahkamah. Di ruangan komen, ramai pengguna berasa tersentuh hati dan sebak dengan situasi yang dialami lelaki tersebut. Malah, ada juga yang menggesa pasangan tersebut untuk berbaik semula kerana mempunyai hubungan yang sangat akrab.
“Kadangkala berpisah bukan kerana membenci tetapi disebabkan campur tangan keluarga,” kata Iman. “Semuanya sudah tertulis. Kita hanya boleh redha kerana apa yang terjadi ada hikmahnya. Semoga hubungan dapat dijalin kembali jila ada rezeki,” kata Nions. “Saya dengan bekas suami juga berpisah secara baik. Pergi ambil borang sama-sama, hantar pun sama-sama. Sampai sekarang masih baik,” kata seorang lagi pengguna. -CARI Sumber:Kosmo
|
mamajawie replied at 19-9-2023 11:40 AM
habis tu asal cerai???
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
27-9-2023 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.169858 second(s), 63 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.