Seorang pekerja pawagam berkongsi kisah tentang sikap penonton yang sangat menjijikkan. “Bukan setakat makanan sahaja yang orang lain akan bau. Macam-macam benda yang aku pernah lalui,” tulisnya di laman sosial.
Mengimbas kembali, pemuda itu menjelaskan bahawa sikap tidak bermoral dan pengotor bukan hanya melibatkan kumpulan anak muda, malah turut melibatkan ibu bapa. Percaya atau tidak, namun begitu yang dialaminya ketika bertugas di dalam sebuah pawagam. “Ada pelanggan yang merupakan mak ayah bawa anak. Apabila anak kencing atau berak, mereka bukannya nak keluar pergi ke tandas untuk bawa anak. “Ini pergi tukar lampin pakai buang dalam panggung wayang,” ujarnya tanpa mendedahkan lokasi pawagam dan tarikh kejadian. Keadaan bertambah parah apabila lampin pakai buang yang mengandungi najis anak mereka itu dibiarkan di bawah tempat duduk.
“Apa bingai mak ayah la. Kan dah bau busuk satu dewan (hall), petugas pawagam kena sembur guna penyegar udara disebabkan bau busuk,” katanya dengan nada kesal. Luahan pemuda itu dibuat rentetan kisah seorang TikToker yang didakwa menyeludup masuk nasi padang yang dibeli dari luar, ke dalam pawagam. Malah, dia kemudian menikmati nasi yang dibungkus itu ketika menonton filem sehingga meninggalkan bau makanan itu. Perbuatan TikToker itu adalah disengajakan apabila video yang merakamkan aksinya dijadikan sebagai content di laman sosial. Umum mengetahui minuman dan makanan dari luar tidak dibenarkan masuk dalam pawagam. Mengulas lanjut mengenai sikap personaliti media sosial itu, pemuda berkenaan memaklumkan penonton yang membawa makanan dari luar bukan perkara baharu. Namun sukar untuk petugas menghalang makanan yang diseludup sehingga mereka akhirnya terlepas masuk. “Mereka yang bawa makanan dari luar dan berbau dalam dewan, mereka sembunyikan makanan dalam beg. Jadi, petugas pawagam tak boleh suka-suka periksa beg pelanggan kecuali terang-terang dilihat membawa makanan dari luar. “Petugas akan tahan dan minta dia simpan dalam lokar yang disediakan pawagam,” ujarnya. Dalam pada itu, dia turut menegur sikap individu yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab di pawagam dan menjadikannya sebagai content di media sosial. “Harap TikToker yang buat content sampah tidak mengulangi perangai bodoh di lain hari,” katanya. -CARI Sumber: mStar
|
Decaffeinated replied at 19-9-2023 02:05 PM
Sebab tak ada hadis yang kata haram, so it's halal.
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
27-9-2023 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.284697 second(s), 38 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.