CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Ibu Bapa Murid Bergaduh Di Sekolah Akan Dipanggil Polis

19-9-2023 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2633| Komen: 2

Description: Ibu bapa murid sebuah sekolah di Kuala Krai yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan kira-kira jam 12.10 tengah hari, 14 September lalu akan dipanggil polis.Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintend ...
Ibu bapa murid sebuah sekolah di Kuala Krai yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan kira-kira jam 12.10 tengah hari, 14 September lalu akan dipanggil polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Suzaimi Mohamad berkata, bapa mangsa membuat laporan pada 18 September kira-kira jam 10.55 pagi berkaitan kejadian itu.



Gambar hiasan/Harian Metro

Menurut beliau, kejadian itu tular di Facebook dan Twitter Sabtu lepas memaparkan seorang murid dibuli oleh dua murid lain.

"Video berdurasi 14 saat itu turut memaparkan dua murid lelaki membuli mangsa di belakang bangunan sekolah itu," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Jelas beliau, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa berada di luar bilik darjah sebelum didatangi dua suspek berusia 11 tahun dan terus memukulnya.

Suzaimi memberitahu, hasil pemeriksaan pakar perubatan terhadap mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan dan kesan lebam pada badan.


"Kesemua murid terlibat akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai untuk diambil keterangan siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.

Tambah beliau, siasatan akan dilakukan merangkumi semua aspek dan pihak sekolah juga sudah dimaklumkan serta tindakan telah diambil.

Selain itu beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu bagi mengelakkan kekeliruan serta dibimbangi boleh mengganggu siasatan polis.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 19-9-2023 02:17 PM
Memula baca ingatkan ibubapa yang bergaduh. Motif polis nak panggil parents. Why?
Quote victormarcel09 19-9-2023 02:21 PM
Edited by victormarcel09 at 20-9-2023 12:05 PM

Terima kasih atas pertolongan! Saya sangat menyukainya. Follow My Health UH

Lihat semua komen(2)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-9-2023 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.174659 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top